Thursday, 5 June 2014

Cuti sekolah semester pertama 2014

Dah lama tak update blog. Dari aritu nak share aktiviti cuti sekolah Triple A tapi asyik lupa je.

Kakak2 request nak gi mandi-manda kat tempat yang ada pasir. Actually kitorang plan nak gi Pulau Tioman tapi disebabkab keadaan Ariana yang demam panas on-off, terpaksa batalkan plan tu. Nasib la baru bayar deposit rm100 je. So, plan baru hasben :

HARI PERTAMA : UMANG-UMANG CHALET
dapat juga diorang main pasir yang dekat ngan laut
Nampak tak tu kat dahi Ariana ada cool fever. Walaupun demam gigih juga nak berjalan. Malamnya kitorang gi makan2 mengisi perut yang lapar. Masakan boleh tahan sedap & harga pun berpatutan. Takde la mahal sangat pun. Maaf ye takde nama restoran, terlupa sesangat... ;P
sebelum balik, amik gambar dulu buat kenangan
HARI KEDUA : KIDZANIA, KUALA LUMPUR

Dari umur 5 tahun lagi Ariana nak pergi sini tapi belum ada rezeki. Setiap kejadian yang berlaku kan pasti ada hikmah. Hikmahnya : Bila Ariana pergi pada usianya 7 tahun, Aleesya yang berusia 5 tahun pun boleh join gak. Sebab kebanyakan mainan / pekerjaan kat sana sesuai untuk 4 tahun ke atas. Kalau pergi masa usia Ariana 5 tahun, sah2 la Aleesya takleh main apa-apa sebab masa tu umur dia baru je 3 tahun. Kan besar tu hikmahNYA. Tunggu dua2 boleh main, baru syok!!!
first xtvt, double A jadi POLIS
second Ariana jadi SAKSI, Aleesya jadi HAKIM
pastu diorang jadi DOKTOR GIGI
SUSHI & BURGER MARRYBROWN in the making
Ariana jadi DOKTOR PEMBEDAHAN & DOKTOR BAYI
Aleesya beria-ia nak jadi ahi BOMBA sebab nak naik lori bomba
Lepas dah penat anak-anak beriadah, sekarang masanya untuk tidur. Mommy, daddy & adik Almikhail dah kepenatan menunggu. Hasben amik keputusan untuk tidur kat Nilai, Seremban je sebab dia familiar ngan kawasan kat sana. 3-4 tahun lepas memang hasben asyik ulang-alik JB - Seremban je.

HARI KETIGA - NILAI, SEREMBAN


Pagi pas breakfast bawak anak-anak g swimming kat pool. Lepastu beli kain ela untuk buat baju raya dan tiba masa untuk BAAALIIKKK!!! Banyak baju nak kena basuh, huhuuuu... ;)



No comments:

Post a Comment