Monday 27 January 2014

Ramadhan & Syawal 2013

Cerita kali ni pasal Ramadhan & Syawal 2013. Alhamdulillah aida berjaya didik kakak & adik untuk belajar puasa dari mereka kecil lagi. Tak dapat dinafikan, memang lah takde hadis @ sunnah yg suruh anak2 kita berpuasa dari kecil lagi tapi rasanya tak salah kalau kita nak mulakan dari awal kan sebab kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lagipun berpuasa di bulan ramadhan ni cuma setahun sekali je kita akan jumpa.

Alhamdulillah kakak dapat puasa penuh tahun ni pada usia 6 tahun & adik pula buang 7 hari pada usianya mencecah 4 tahun. Tahun ni merupakan tahun pertama untuk adik berpuasa manakala untuk kakak pula merupakan tahun kedua. Pada mulanya tak 'budget' pun adik boleh puasa penuh sebab hari pertama & kedua puasa, tengahari dah buka tak tahan haus. Tapi bila dia tengok kakak tanda 'right' kat kertas yg aida buat sebagai pembakar semangat dia, adik pun sibuk nak buat. Mungkin rasa best bila dapat tanda 'right' kat kertas tu.
hari pertama dapat puasa penuh, Airys Aleesya minta berbuka puasa ayam goreng KFC
Syawal yang disambut biasa sahaja bagi aida, tapi mestilah istimewa bagi mereka berdua. Ye la, setelah berhempas pulas bangun sahur & menahan lapar selama sebulan, akhirnya Syawal yang dinanti-natikan pun tiba. Tahun ni kitorang takde baju kurung sepasang sebab aida tengah mengandung. So, tema raya kami tahun ni, suka hati ikut pada cantik mata memandang, sedap duit yang keluar, heheeee... ;)

Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin ye.