Thursday 26 June 2014

Insya'ALLAH hamil dengan Qaseh Gold

Masih belum dikurniakan ZURIAT? Anda dah cuba bermacam-macam jenis ubat, supplement mahupun pembedahan, tapi anda masih Tidak Hamil?

Berikhtiarlah dengan PEMAKANAN SUNNAH yang terdapat dalam QASEH GOLD!!!


Sukar HAMIL adalah berpunca dari masalah kesuburan isteri atau suami atau kedua-duanya.
Pelbagai Faktor yang menyebabkan Ketidaksuburan seseorang seperti :

☛ penyakit organ peranakan seperti cyst,fibroid dan endometriosis
☛ kegagalan ovulasi
☛ ketidakseimbangan hormone
☛ selalu senggugut
☛ masalah keputihan
☛ anemia
☛ umur
☛ stress
☛ merokok/alcohol
☛ period tidak teratur

Kita jangan salahkan sesiapa dalam hal ini. Apa kata kita BACK TO BASIC dimana kita kembali amalkan makanan sunnah di zaman Rasulullah iaitu KURMA dan MADU yang mana ia adalah bahan paling utama dalam QASEH GOLD.

QASEH GOLD ialah formulasi Jus Makanan Sunnah unggul dan herba terpilih untuk meningkatkan tenaga fizikal, minda dan emosi serta menjana kesihatan.

KEUNIKAN BAHAN-BAHAN QASEH GOLD dimana ia dibuat bahan utama adalah KURMA dan MADU. Disamping itu Minyak Habatussauda, Tiin, Delima, Air Zam-Zam, Za’fran, Gam Arab, Gingko Biloba, Sireh.

QASEH GOLD juga mengandungi terapi al-Quran dan dikilangkan secara Islamik (IMP), 100% HALAL dimana ia Produk Bumiputera Islam.
Set Kehamilan QASEH ini mengandungi :

a) QASEH Gold Adinda (Untuk Isteri) – tambahan bahan adalah passiflora, manjakani dan pegaga.

b) QASEH Gold Kekanda (Untuk Suami) - tambahan bahan adalah guarana, tribulus dan ashwaganda.

c) SOLE (kedua-dua) – sole sgt penting untuk masalah apa pun sebab sole beralkali jadi minum air campur sole inshaALLAH badan kita jadi neutral dan detox semua kotoran dalaman..kan air terbaik air zam zam air yang paling tinggi alkali tetapi susah nak cari. Sole adalah pengganti zam zam

2 jenis bahan utama dalam QASEH iaitu KURMA dan MADU banyak memainkan peranan sebagai agent untuk kehamilan.

KURMA
- Menyokong pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh mereka yang cuba hamil.
- Di samping itu, kurma juga kaya dengan triptofan, sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan serotonin. Serotonin penting untuk memberi ketenangan kepada tubuh, menstabikan mood, melegakan stress dan memperbaiki kualiti tidur.Kesemua ini akan mempengaruhi keseimbangan hormon yang akan meningkatkan kesuburan.

MADU
- Kaya dengan mineral dan asid amino untuk membekalkan nutrisi kepada sistem peranakan serta merangsang fungsi ovari untuk mudah hamil.

- Selain itu SIREH bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.

➊KHASIAT QASEH GOLD KEKANDA untuk Suami:
-------------------------------------------------------------
✔ MERAWAT/ PENAMBAHAN tenaga batin
✔ Melancarkan perjalanan darah dengan lebih baik
✔ MENINGKATKAN bilangan & kuantiti sperma
✔ MENAMBAH daya seksual lelaki dan kesuburan lelaki

➋KHASIAT QASEH GOLD ADINDA untuk Isteri:
-------------------------------------------------------------
✔ Menguatkan rahim
✔ Meningkatkan tahap kesuburan
✔ Membina sel darah merah
✔ Membekalkan NUTRISI kepada sistem peranakan
✔ Mengatasi masalah KEPUTIHAN
✔ Melegakan STRESS
✔ Menstabilkan hormone
✔ Merangsang fungsi ovari untuk mudah hamil
Alhamdulillah dah ramai yang mendapat zuriat dengan mengamalkan QASEH GOLD.

* Berikhtiarlah selagi mampu kerana anak adalah menyeri rumahtangga. Insyallah dengan makanan sunnah ini membuahkan hasil yang anda tunggu selama ini!
Harga Set Kehamilan QASEH adalah harga mampu milik..

Dapatkan segera produk TERLAJAK LARIS sekarang sebelum kehabisan stok!!!

Pengedar Qaseh Pilihan Anda!
Aida
016-7330624

Tahniah kepada 3 orang pemenang Jomparty!!!

Jomparty dah ada 3 pemenang untuk hadiah anniversary pertama mereka, maknanya ada lagi 2 kekosongan untuk diisi. Milik siapakah hadiah itu agaknya ya? Hanya ALLAH SWT saja yang tahu jawapannya.

Apapun, tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga pemenang. :)

Sama ada bernasib baik atau tidak menerima hadiah daripada mereka, aida tetap akan mengekalkan tema spiderman untuk sambutan hari lahir Almikhail yg pertama pada bulan September nanti, insya'ALLAH. ;)

Baju spiderman pun hasben dah belikan untuk hero kecik tu pakai masa birthday dia nanti.

Nak buat kek macamni.

Hero kecik Ahmad Aisy Almikhail dengan pakaian spidermannya. ;)


Thursday 19 June 2014

Qaseh Gold - cinta baru saya

Entry kali ni nak citer pasal produk keluaran Bumiputera; Anaedar. 

Baru je jadi rania Qaseh ni sebulan yang lalu. RANIA? Apa tu rania? Untuk pengetahuan semua, rania tu adalah singkatan kepada "rakan niaga". Jujur diakui, untuk permulaan, memang memerlukan modal yang agak 'besar - tapi takdelah sampai bergolok bergadai', 1000 pun tak sampai. Cuma aida tahu tak semua orang boleh keluarkan modal sebegitu, termasuklah diri aida sendiri.

Tapi alhamdulillah, aida diberi idea oleh yang ESA untuk cari pembeli dahulu. Maka bermulalah 1 perjalanan yang baru, semuanya bermula dari 0. Buat iklan kat FB, share segala info & testimoni dari upline. Masa ni walaupun belum confirm jadi rania tapi dah minta izin awal2, dah cakap nak jadi rania & perlukan sedikit masa untuk mengumpul modal. Mujur upline memahami, malah diberi lagi sokongan & kata2 semangat.

Tak tahu kenapa, tapi aida yakin boleh pergi jauh dengan Qaseh ni. Bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata tetapi untuk menmbantu orang di sekeliling aida juga. Anaedar ada pelbagai kategori produk seperti kebanyakan yang lain. Kesihatan dan juga kecantikan. Tapi aida lebih fokus pada kategori kesihatan sebab pada aida bila diri kita sihat, insya'ALLAH automatik kita akan jadi cantik. Kan ianya bermula dari dalaman. :)

Masa dapat je produk Qaseh ni bulan lepas, aida bagi sorang sebotol Qaseh untuk keluarga kecil kami. KEKANDA untuk suami, ADINDA untuk aida & JUNIOR untuk triple A.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa yang membuatkan orang ramai boleh jatuh cinta dengan Qaseh ni? Senang je jawapannya, sebab ia MAKANAN SUNNAH! Dalam ramuan Qaseh ni ada buah kurma, kismis, delima, buah tiin, madu, air zam-zam & beberapa jenis campuran lain. Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT, banyak testimoni2 POSITIF yang diterima bila pengguna mengamalkan Qaseh ni. Takyah cakap pengguna lain, kitorang 1 family pun sama. ;)

Sampai sini dulu, ada masa nanti baru buat entry tentang testimoni pulak!

Aida Atiqah
016-7330624
#makanansunnah

Wednesday 18 June 2014

Kazen from US!

Last saturday, kaum kerabat hasben dari singapore ada buat makan-makan kat OHC. So penuhlah kedai makan kami petang tu. Uncle hasben dah beritahu awal so senanglah nak plan masak & sediakan segala persiapan serta kelengkapan.

Actually takde la yg special sangat pun cuma saje nak cite pasal sorang kazen hasben ni. Salah sorang dari uncle hasben ni dah lama menetap kat US, berkahwin kat sana & dapat sorang anak perempuan yang sebaya ngan Ariana. Eksaited kakak nak bergambar ngan dia.

Bila aida & hasben tanya ngan Ariana, kakak berbual apa je dengan Tori (nama kazen hasben tuh)? Dia jawab, kakak tak faham apa dia cakap, laju sangat! Kakak cuma cakap dengan dia "come" & "no" je. Alahai anak... ;P

Mesti korang pelik kan, apsal 3 orang je dalam gambar ni, mana Aleesya? Untuk pengetahuan semua, Aleesya tengah tengok Disney Channel kat dalam rumah. Dia akan manfaatkan masa yang dia ada untuk tengok TV. Sebab dia tahu kalau mommy dah start masuk umah, memang sah-sah la dia tak dapat tengok TV langsung! Pandai kann dia. ;)

Tuesday 17 June 2014

mode : berangan untuk birthday Almikhail nanti

Barang-barang Almikhail banyak yang mommy & daddy belikan ada gambar spiderman. So rasanya tema  'superhero spiderman' dipilih untuk birthday dia yg pertama bulan September nanti insya'ALLAH. Masa Ariana & Aleesya dulu pun, memang buat sederhana je, takdela besar manapun. Yang penting, nak buat sekali ngan aqiqah macam kakak2 dia dulu. Semoga dipermudahkan, aamiin...
goody bag dari Jomparty
rare kan kek ni

Ada tengok kat FB, nama page ni Jomparty. Excited tengok deco mereka, nak2 masa birthday Rayyan & Aeydan. Untung kiddos ni dapat parents yang terror bab2 party. I wish.......... (heheeee, nama pon berangan kan)! Sapa-sapa yang ada budget tu, boleh la buat party yang grand macam ni, klik kat link 'Jomparty' tu ye. Pakej pun tak mahal, serendah RM 499 sahaja.
A company that dedicate in party design, party planning, birthday favor/doorgift and specialize in candy/chocolate/dessert buffet
candy buffet for wedding
Bukan hanya event untuk birthday je, tapi team JomParty ni juga ada buat event untuk wedding, aqiqah, tunang dan seangkatan dengannya. Pendek kata, kat mana ada party, kat situ lah team ni akan menunjukkan kekreatifannya! :)
terbaik kan kek dia!
setahun sekali kan birthday, grand sangat
tengok, air pun ada tema jugak
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pakej & perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jomparty, boleh pergi kat
website http://jomparty.my/

Thursday 12 June 2014

Kem hafazan & tahsin Al-Hafiz

Alhamdulillah pada 27 - 29 Mei yang lepas Double A berpeluang mengikuti kem hafazan & tahsin yang dianjurkan oleh Al-Hafiz Quranic & Arabic Centre.

Tujuan utama mereka didaftarkan ke kem ini selain untuk mengisi masa lapang pada cuti sekolah ialah untuk mempelajari & memahami teknik2 penghafazan Al-Quran. Sapa yang tak nak anak-anak berjaya di dunia & akhirat kan. 

Walaupun kami bukan hidup dalam keturunan bangsawan & ilmuan tapi sekurang-kurangnya mommy cuba bagi yang terbaik pada anak-anak syurga mommy untuk mereka bersedia menjalani kehidupan yang mendatang.

Sebenarnya ada beberapa masalah yang dihadapi untuk mendaftarkan mereka ke kem ini, tapi Alhamdulillah semua urusan dipermudahkanNYA. I know GOD will help me. Thank you ALLAH SWT! Terima kasih juga untuk mommy Ima sebab sudi tolong tumpangkan Double A. Hanya DIA yang dapat membalas segala-galanya. Semoga mommy sekeluarga dilimpahkan rahmat kurnia yang maha ESA, aamiin... :')
borang penyertaan
jadual program
their xtvt book
HARI PERTAMA
hari pertama mereka
apa la yang Ariana tengokkan tu
khusyuknyaaa
Aleesya memang bebetul concentrate! langsung tak toleh kiri kanan
masa untuk hafazan
cara pengambilan wudhu' ditunjukkan
wudhu' mengikut sunnah - menggunakan air yang sedikit
senang dah tahu cara kalau tetiba kami kekurangan air
lepas wudhu' kita baca doa ye 
HARI KEDUA
belajar lagi supaya tak lupa
masa untuk SOLAT
hafazan surah ke 2
mesti perut memasing dah berkeroncong minta diisi kan
jom dengar apa ustaz nak cerita
sinaps-sinaps bersambung
Aleesya sempat gigit kuku
senaman untuk kecergasan badan
HARI KETIGA
masa untuk menonton televisyen
selfie jap laaa
yeaaaay, naik bas
canting batik
pengalaman indah kan sayang
sampai berdiri atas kerusi tau Aleesya ni
Aisyah - my ex GBOB JB's student
hasil karya Ariana
hasil karya Aleesya
jom tengok cara-cara kompang dibuat
test main kejap la kompang ni
Amani - also my ex GBOB JB's student
dengar & lihat dengan teliti
majlis penyampaian sijil
congratz dearie Aleesya
ehhh, ni bukan adik punya la kakak
bestie
huruf besar - Aleesya
huruf kecil - Ariana
tambah lagi 1 koleksi sijil Ariana
dan sijil Aleesya juga
Alhamdulillah, aku bersyukur atas segala rahmat & rezeki yang KAU beri ya ALLAH. Terima kasih atas pinjaman anak-anak syurga ini. Insya'ALLAH akan ku jaga mereka dengan sebaik-baiknya mengikut landasan yang telah KAU tetapkan.