Thursday 27 November 2014

Karosel Water Park Nusa Bestari

Rabu 26 November 2014.

Mommy punya birthday, anak2 yg dapat adiah.

Daddy tinggalkan kami mandi manda di sini sementara daddy pergi belanja barang2 utk niaga malam nanti.

Utk makluman :

Tiket masuk dewasa : RM 20
Tiket masuk kanak2 : RM 15

Paling best makanan boleh bawak masuk.

Jom layan pic yg mommy dah edit ni. :)

Wednesday 26 November 2014

September yg penuh dengan majlis

Malas nak tulis banyak2 sebab dah berlalu 2 bulan yg lepas.

Kita tengok gambar je la ya... :)

It's my 30th birthday

Alhamdulillah, pada 25 November 2014 genapla 30 thn usia mommy hidup di muka bumi ini.

Terima kasih ya ALLAH atas segala nikmat & kurniaanMU. Mama yg sentiasa memahami, suami yg menyayangi serta anak2 yg soleh & solehah.

Sama macam tahun lepas, birthday mommy cuma celebrate kat kedai sebelah umah je. Alhamdulillah. Bersyukur dari takde langsung kan. Tahun lepas dapat hadiah cermin mata hitam. Tahun ni belum dapat apa2 hadiah lagi. Takpe lah kalau tak dapat pun, mommy tak kisah asal hidup kita sentiasa gembira & bahagia (hahaaa, ayat sedapkan hati).

Ni gambar kenangan utk birthday mommy tahun ni. Tak sangka dah ada 3 orang anak pd usia 30 tahun. Mereka lah penglipur lara & pengubat luka di hati mommy. :)

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! 

Sunday 13 July 2014

Persediaan Ibu Berpuasa & Menyusukan

1. Apa halangan yang paling sukar / ditakuti / dirisaukan untuk berpuasa + menyusu? 
· Kata-kata orang - seperti susu akan sikit semasa puasa, letih, pitam, rasa lapar dan beranggapan bahawa susu akan cair / masam jika berpuasa.

· Diri sendiri - kurang minum air ketika berbuka dan sepanjang malam sehingga bersahur, tidak tahan lapar, masalah kesihatan diri dan kurangnya ilmu menyusu + berpuasa.
· Tiada sokongan - daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan.

2. Hukum berkaitan penyusuan & berpuasa. Apa yang diketahui dan apa yang difahami? 

· Rukhsah (keringanan) untuk ibu menyusu:

- Jika fikir untuk kesihatan diri sendiri dan tidak berkemampuan, kita dibolehkan tidak berpuasa.
perlu qada’ puasa.
- Jika fikir untuk kesihatan bayi yang disusui, kita dibolehkan tidak berpuasa.
qada’ dan perlu membayar fidyah.

3. Perkara yang membantu mempermudahkan perjalanan di bulan Ramadhan. 

· Sokongan daripada orang sekeliling - suami, ibu bapa dan rakan-rakan breastfeeding.
· Aktiviti - kurangkan aktiviti luar jika rasa tidak berkemampuan.
· Pemakanan yang digalakkan diambil ketika berpuasa:
    - Kurma ( membekalkan tenaga segera selepas berpuasa seharian - ambil lebih )
    - Oat
    - Minum air secukupnya
    - Kismis
    - Makanan yang kaya dengan protein, kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.
    - Amalkan minum madu (sumber tenaga semulajadi, menambah stamina dan mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh).
    - Ambil lebih lemak sihat seperti susu dan keju.
· Berilmu - berusaha mencari ilmu, dapat membantu kayakinan diri untuk berpuasa dan menyusu di bulan Ramadhan, penyusuan kerap selepas berbuka dan mengepam sebelum bersahur dan jangan lupa mengepam seperti biasa di tempat kerja.
· Niat - Percaya pada diri sendiri bahawa kita boleh beri yang terbaik untuk anak kita.
· Doa - Bermohon kepada Allah SWT agar perjalanan penyusuan dan berpuasa di bulan Ramadhan dipermudahkan.
.
4. Apa itu dehidrasi?

· Dehidrasi disebabkan kekurangan cecair dalam badan. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau.
- Bagi mengelakkan dehidrasi ini, minum air yang sekupnya ketika berpuasa sehingga bersahur.

Alhamdulillah Aida masih lagi berpuasa + menyusukan imam muda Aida sehingga kini, stok untuk simpanan pun tak berkurangan. Insya'ALLAH dengan izinNYA kita masih lagi boleh menyusukan walaupun di bulan Ramadhan. Makanan pilihan Aida sudah tentulah Qaseh Gold Adinda. :)

Pengedar Qaseh Pilihan Anda!
Aida Atiqah
016-7330624

Thursday 26 June 2014

Insya'ALLAH hamil dengan Qaseh Gold

Masih belum dikurniakan ZURIAT? Anda dah cuba bermacam-macam jenis ubat, supplement mahupun pembedahan, tapi anda masih Tidak Hamil?

Berikhtiarlah dengan PEMAKANAN SUNNAH yang terdapat dalam QASEH GOLD!!!


Sukar HAMIL adalah berpunca dari masalah kesuburan isteri atau suami atau kedua-duanya.
Pelbagai Faktor yang menyebabkan Ketidaksuburan seseorang seperti :

☛ penyakit organ peranakan seperti cyst,fibroid dan endometriosis
☛ kegagalan ovulasi
☛ ketidakseimbangan hormone
☛ selalu senggugut
☛ masalah keputihan
☛ anemia
☛ umur
☛ stress
☛ merokok/alcohol
☛ period tidak teratur

Kita jangan salahkan sesiapa dalam hal ini. Apa kata kita BACK TO BASIC dimana kita kembali amalkan makanan sunnah di zaman Rasulullah iaitu KURMA dan MADU yang mana ia adalah bahan paling utama dalam QASEH GOLD.

QASEH GOLD ialah formulasi Jus Makanan Sunnah unggul dan herba terpilih untuk meningkatkan tenaga fizikal, minda dan emosi serta menjana kesihatan.

KEUNIKAN BAHAN-BAHAN QASEH GOLD dimana ia dibuat bahan utama adalah KURMA dan MADU. Disamping itu Minyak Habatussauda, Tiin, Delima, Air Zam-Zam, Za’fran, Gam Arab, Gingko Biloba, Sireh.

QASEH GOLD juga mengandungi terapi al-Quran dan dikilangkan secara Islamik (IMP), 100% HALAL dimana ia Produk Bumiputera Islam.
Set Kehamilan QASEH ini mengandungi :

a) QASEH Gold Adinda (Untuk Isteri) – tambahan bahan adalah passiflora, manjakani dan pegaga.

b) QASEH Gold Kekanda (Untuk Suami) - tambahan bahan adalah guarana, tribulus dan ashwaganda.

c) SOLE (kedua-dua) – sole sgt penting untuk masalah apa pun sebab sole beralkali jadi minum air campur sole inshaALLAH badan kita jadi neutral dan detox semua kotoran dalaman..kan air terbaik air zam zam air yang paling tinggi alkali tetapi susah nak cari. Sole adalah pengganti zam zam

2 jenis bahan utama dalam QASEH iaitu KURMA dan MADU banyak memainkan peranan sebagai agent untuk kehamilan.

KURMA
- Menyokong pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh mereka yang cuba hamil.
- Di samping itu, kurma juga kaya dengan triptofan, sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan serotonin. Serotonin penting untuk memberi ketenangan kepada tubuh, menstabikan mood, melegakan stress dan memperbaiki kualiti tidur.Kesemua ini akan mempengaruhi keseimbangan hormon yang akan meningkatkan kesuburan.

MADU
- Kaya dengan mineral dan asid amino untuk membekalkan nutrisi kepada sistem peranakan serta merangsang fungsi ovari untuk mudah hamil.

- Selain itu SIREH bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.

➊KHASIAT QASEH GOLD KEKANDA untuk Suami:
-------------------------------------------------------------
✔ MERAWAT/ PENAMBAHAN tenaga batin
✔ Melancarkan perjalanan darah dengan lebih baik
✔ MENINGKATKAN bilangan & kuantiti sperma
✔ MENAMBAH daya seksual lelaki dan kesuburan lelaki

➋KHASIAT QASEH GOLD ADINDA untuk Isteri:
-------------------------------------------------------------
✔ Menguatkan rahim
✔ Meningkatkan tahap kesuburan
✔ Membina sel darah merah
✔ Membekalkan NUTRISI kepada sistem peranakan
✔ Mengatasi masalah KEPUTIHAN
✔ Melegakan STRESS
✔ Menstabilkan hormone
✔ Merangsang fungsi ovari untuk mudah hamil
Alhamdulillah dah ramai yang mendapat zuriat dengan mengamalkan QASEH GOLD.

* Berikhtiarlah selagi mampu kerana anak adalah menyeri rumahtangga. Insyallah dengan makanan sunnah ini membuahkan hasil yang anda tunggu selama ini!
Harga Set Kehamilan QASEH adalah harga mampu milik..

Dapatkan segera produk TERLAJAK LARIS sekarang sebelum kehabisan stok!!!

Pengedar Qaseh Pilihan Anda!
Aida
016-7330624

Tahniah kepada 3 orang pemenang Jomparty!!!

Jomparty dah ada 3 pemenang untuk hadiah anniversary pertama mereka, maknanya ada lagi 2 kekosongan untuk diisi. Milik siapakah hadiah itu agaknya ya? Hanya ALLAH SWT saja yang tahu jawapannya.

Apapun, tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga pemenang. :)

Sama ada bernasib baik atau tidak menerima hadiah daripada mereka, aida tetap akan mengekalkan tema spiderman untuk sambutan hari lahir Almikhail yg pertama pada bulan September nanti, insya'ALLAH. ;)

Baju spiderman pun hasben dah belikan untuk hero kecik tu pakai masa birthday dia nanti.

Nak buat kek macamni.

Hero kecik Ahmad Aisy Almikhail dengan pakaian spidermannya. ;)


Thursday 19 June 2014

Qaseh Gold - cinta baru saya

Entry kali ni nak citer pasal produk keluaran Bumiputera; Anaedar. 

Baru je jadi rania Qaseh ni sebulan yang lalu. RANIA? Apa tu rania? Untuk pengetahuan semua, rania tu adalah singkatan kepada "rakan niaga". Jujur diakui, untuk permulaan, memang memerlukan modal yang agak 'besar - tapi takdelah sampai bergolok bergadai', 1000 pun tak sampai. Cuma aida tahu tak semua orang boleh keluarkan modal sebegitu, termasuklah diri aida sendiri.

Tapi alhamdulillah, aida diberi idea oleh yang ESA untuk cari pembeli dahulu. Maka bermulalah 1 perjalanan yang baru, semuanya bermula dari 0. Buat iklan kat FB, share segala info & testimoni dari upline. Masa ni walaupun belum confirm jadi rania tapi dah minta izin awal2, dah cakap nak jadi rania & perlukan sedikit masa untuk mengumpul modal. Mujur upline memahami, malah diberi lagi sokongan & kata2 semangat.

Tak tahu kenapa, tapi aida yakin boleh pergi jauh dengan Qaseh ni. Bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata tetapi untuk menmbantu orang di sekeliling aida juga. Anaedar ada pelbagai kategori produk seperti kebanyakan yang lain. Kesihatan dan juga kecantikan. Tapi aida lebih fokus pada kategori kesihatan sebab pada aida bila diri kita sihat, insya'ALLAH automatik kita akan jadi cantik. Kan ianya bermula dari dalaman. :)

Masa dapat je produk Qaseh ni bulan lepas, aida bagi sorang sebotol Qaseh untuk keluarga kecil kami. KEKANDA untuk suami, ADINDA untuk aida & JUNIOR untuk triple A.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa yang membuatkan orang ramai boleh jatuh cinta dengan Qaseh ni? Senang je jawapannya, sebab ia MAKANAN SUNNAH! Dalam ramuan Qaseh ni ada buah kurma, kismis, delima, buah tiin, madu, air zam-zam & beberapa jenis campuran lain. Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT, banyak testimoni2 POSITIF yang diterima bila pengguna mengamalkan Qaseh ni. Takyah cakap pengguna lain, kitorang 1 family pun sama. ;)

Sampai sini dulu, ada masa nanti baru buat entry tentang testimoni pulak!

Aida Atiqah
016-7330624
#makanansunnah