Tuesday 18 February 2014

Genius Ariana & Surah Al-Falaq

Alhamdulillah! Selepas lebih kurang seminggu menghafal surah & makna Al-Falaq, akhirnya Ariana berjaya menguasainya. Semoga banyak lagi surah berserta maknanya yg akan kakak hafal nanti. Dan semoga kakak menjadi insan yang cemerlang di akhirat kelak. Aamiin... :')


Thursday 13 February 2014

Genius Ariana dan kelas piano pertamanya

Lately ni, Aleesya suka panggil kakak dia "kakak Ariana". Nak kata penangan cite Ariana Rose, bukannya dia tengok pun cite tu. Aireen cakap kawan2 & cikgu2 kat sekolah pun panggil dia Ariana. So lps ni mommy pun nak tukar la panggil kakak dgn nama Ariana. ;)

Lari topik lak pasal nama, sebenarnya entry kali ni pasal kelas piano Ariana. Mommy tak pernah bermimpi, apatahlagi bercita2 nak masukkan anak2 kat kelas piano. Mungkin ni rezeki Ariana. Bukannya mommy tak nak masukkan Aleesya sekali tapi rasanya belum sampai waktu untuk dia lagi kot. Sabar ye sayang, sorang2 k. Sekarang ni kita settlekan bahagian kakak dulu ye.

Kisah ni bermula apabila kitorang 1 family tengah jalan2 lepas beli stroller untuk anak sedara sebelah suami kat Jusco Bukit Indah. Tiba2 langkah kitorang terhenti kat 1 kedai yg jual alat muzik. Macam2 ada dalam kedai tu. Piano, gitar, dram dan macam2 lagi la. Entah macam mana, mata mommy & daddy terpandang 1 'banner' yg memaparkan tentang harga yuran untuk kelas belajar piano. Oh, takde la mahal sangat rupanya, cuma rm 80 je sebulan. Tapi kena bayar deposit utk yuran sebulan & yuran pendaftaran rm 20 menjadikan jumlah keseluruhan rm180. Dengan duit gaji kitorang suami isteri yang masih bersisa, kitorang decide untuk bagi Ariana peluang belajar benda baru.

Kelas pertama Ariana ialah pada hari Selasa, 11 Feb yg lepas. Semoga ALLAH SWT terangkan hati & akal fikirannya dalam menerima apa jua ilmu dunia & akhirat, aamiin.
cantik kan, berwarna-warni
teacher yg ajar Ariana
saja nak test, jakun tak pernah main piano
K la, sampai sini je dulu. Nak sambung buat keje ofis ni. :)

Kisah 26 Disember 2013

26.12.2013 punya cite. Genaplah 3 bulan usia hero mommy-Ahmad Aisy Almikhail. Maka, genap jugalah 3 bulan penyusuan susu ibu untuk anak syurgaku ni, Alhamdulillah! Masih jauh lagi perjalanan kami. Dari 3 bulan nak ke 6 bulan dan seterusnya nak ke 2 tahun. Insya'ALLAH. Semoga semuanya dipermudahkan yang maha ESA, aamiin...
Stok yg aku dapat bila pam kat ofis. Ni untuk 1 sesi pengepaman. Alhamdulillah! 
Pada tarikh ni imam muda ni ikut pergi bengkel mendorong anak mengikut gaya Nabi Muhammad SAW. Banyak juga ilmu yg mommy dapat. Dan makin banyak jugalah rasa bersalah ni dalam hati. Tak berapa betul sangat rupanya selama ni didik anak2 syurgaku tu. Kena banyak tukar skrip lepas ni untuk mereka, termasuklah untuk daddy yg banyak membantu kerja2 rumah bila mommy pergi kerja. Maklumlah daddy mereka berniaga pada sebelah malam je, so pada sebelah siang tu dia free. Mesti lepas kena puji lagi semangat dia nak tolong isteri dia buat kerja2 rumah, huhuuu... ;)

Sedikit perkongsian sepanjang menyertai bengkel.


Antara teknik2 yg patut diamalkan :
# Teknik Memberi Ganjaran
# Teknik Memberi Solusi
# Teknik Mencipta Hukuman

TEKNIK MEMBERI GANJARAN


# Ganjaran Sosial

- ganjaran ini tidak memerlukan modal untuk melaksanakannya
- boleh dibuat bila2 masa dan bersifat spontan
- ganjaran sosial positif : doa, pujian, senyuman, pelukan, belaian, memek muka, tanda bagus, eye contact
- ganjaran sosial negatif : marah, pukul, hukum, kritik, sindir, bandingan, ugutan, nasihat
- nasihat akan menjadi ganjaran sosial positif hanya apabila diminta dan dengan keizinan
- nasihat tidak akan memberi kesan sekiranya diberikan kepada orang yg tidak memerlukan

# Ganjaran Material

- memerlukan modal dan lebih bersifat fizikal
- memberi kepuasan dalam masa yg pendek
- contoh : upah, gaji, hadiah

Prinsip dan teknik bagaimana Rasulullah SAW memberi ganjaran :

- diberi apabila kerja dibuat dengan betul
- kerja yg dibuat dgn teknik yg salah tidak diberi ganjaran
- apabila kerja itu dilakukan secara terbuka, maka ganjaran pun harus diberi dengan cara yg terbuka
(apabila anak2 melakukan kebaikan di depan semua orang, maka ibu bapa harus memberi ganjaran di depan semua orang pada masa itu juga)
- orang yg melakukan kerja dengan teknik yg salah tidak dikritik

Format Pujian Gaya Nabi SAW

- cari 1 kebaikan & puji
- mulakan dengan "saya kagum...", "mommy terharu...", "daddy bangga...", "Allah & Rasulullah SAW suka..."
- puji hasil kerja, usaha, teknik, BUKAN puji orangnya
- sertakan impak dalam ayat pujian
- contoh : "Mommy bangga kakak dapat siapkan kerja sekolah yang cikgu berikan. Ini menunjukkan kakak seorang yang amanah. Allah sayang orang yg amanah."

TEKNIK MEMBERI SOLUSI


- apabila melakukan kesalahan, fokus kepada penyelesaian

- tidak menyiasat kesalahan
- tidak menyampuk ketika anak bercakap / bercerita
- tidak menghukum orang yg melakukan kesalahan (yg Allah tiada menyediakan hukumannya di dunia)
- tidak bertanya "kenapa", "mengapa" kerana mengandungi unsur menyiasat yg lebih kepada menvari kesalahan
- contoh 1 : situasi anak perempuan membuka seluar
"seorang anak yang baik tidak menunjukkan auratnya pada orang lain"
- contoh 2 : situasi anak menonton TV pada waktu naghrib
"apabila sudah masuk waktu maghrib, kita pwelu menunaikan solat secara berjemaah, kita tidak boleh menonton TV pada waktu ini"

# kaunseling cara Islam tidak mengajar kita untuk mencari kesalahan, sebaliknya mencari penyelesaian


TEKNIK MENCIPTA HUKUMAN


- apabila kesalahan yg dilakukan memang ada hukuman, boleh guna teknik mencipta hukuman

- ada 3 hukuman pilihan : 


  • hukuman paling berat
  • hukuman sederhana
  • hukuman ringan
BONUS : HOTS (High Order Thinking Skills)

- meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi menggunakan buku cerita bergambar tanpa perkataan
- kekuatan menggunakan buku cerita bergambar 
  • kekuatan bahasa, iaitu merangsang perkembangan lisan kanak-kanak
  • kekuatan imaginasi iaitu melalui rekaan cerita
  • kekuatan skil pemahaman kanak-kanak
  • kekuatan skil membaca
  • kekuatan kreativiti
  • kekuatan visual dan visual literasi iaitu dapat mentafsir dan memberi makna kepada maklumat dalam imej
Kudapan & bahan yang dibekalkan.
"Nasib baik mommy Linda bagi mommy saya pinjam carrier ni". :)
 Suka Almikhail ada orang layan.
Selesai sudah bengkel ni. Kemas2 untuk balik.
Kami
Dan hari ni juga carrier my hero sampai. First time pakai carrier yg homemade macam ni. Tapi rasa berbaloi sangat. TQ pada encik suami yg belikan carrier ni untuk hero kami.


SSC by NeezaNeedles

Anak-anak bermain untuk belajar

Bermain untuk belajar. Inilah konsep yang kami terapkan di "Playgroup @ Genius Baby On Board". 

Bermain sangat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah cara mereka belajar. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Perbagai perkara dapat dipelajari oleh kanak-kanak ketika mereka bermain seperti mereka belajar menyelesaikan masalah, belajar bergaul dengan orang lain dan sebagainya. Bermain membantu kanak-kanak berkembang. Terdapat beberapa kemahiran yang anak-anak akan dapat ketika mereka bermain, tak kira secara solo mahupun berkumpulan. Tetapi bukanlah permainan yang berkaitan dengan media elektik & elektronik ye korang semua.

Kemahiran fizikal ~ Membangunkan kemahiran motor halus & kasar apabila kanak-kanak belajar untuk mencubit, mencapai, menggenggam, merangkak, berlari, memanjat, melompat dan lain-lain.

Konsep kognitif ~ Kanak-kanak belajar untuk menyelesaikan masalah melalui bermain. Mereka juga belajar tentang warna, nombor, saiz dan bentuk. Mereka mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kemahiran memori dan fokus mereka. Kanak-kanak akan mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi jika mereka bermain dalam persekitaran yang lebih merangsangkan.

Kemahiran bahasa ~ Kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa dengan baik apabila mereka bermain dalam berkumpulan dan berinteraksi dengan orang lain.

Kemahiran sosial ~ Dengan bermain juga, kanak-kanak belajar pelbagai kemahiran penting seperti bekerjasama, berunding, mengikut giliran dan peraturan. Kemahiran ini penting untuk mereka hidup dalam masyarakat apabila dewasa kelak.


Semua kemahiran di atas akan anak-anak anda dapat ketika menyertai playgroup di GBOB JB. Mereka akan cuba menyelesaikan masalah yang diberikan, mengikut peraturan, meningkatkan kemahiran memori dan pelbagai lagi kemahiran yang lain.


Antara kesan yang akan anak-anak dapat ketika mereka bermain :


1. Apabila anak-anak seronok mereka akan mencuba berkali-kali.

Pelajar GBOB JB diminta memasukkan tangkaian bunga di dalam bekas pencungkil lidi. Mereka melakukannya sambil membuat kiraan. Setelah selesai, mereka mengeluarkan bunga tadi dan memasukkannya kembali.
Pada kali ini pelajar sedang memegang ais. Mereka diminta untuk memindahkan ais dari magkuk merah jambu ke mangkuk biru. Walaupun ais tu sejuk, tetapi disebabkan seronok, mereka melakukannya berulang kali.
2. Melalui bermain, hubungan antara anak-anak dan ibu bapa akan bertambah baik, erat dan mesra.
Antara salah satu aktiviti di GBOB JB melibatkan ibu bapa dan anak-anak.
3. Bermain mengurangkan tekanan belajar. Anak-anak akan lebih berminat untuk mengambil bahagian serta meluahkan pendapat mereka.


Pelajar sedang bermain membuat 'sandwich' di mana sebenarnya aku sedang mengajar mereka menggunakan kemahiran fizikal yang membangunkan kemahiran motor halus apabila jari-jari kecil mereka memegang sudu untuk menyapu jem di atas roti.
Aku sedang mengajar mereka menyanyi. Tapi ianya bukan nyanyian kosong/tak berfaedah kerana nyanyian berkenaan adalah bunyian huruf (phonics).
Ini pula ialah anak-anak syurgaku. Diorang sedang bermain dengan pokok semalu atau nama saintifiknya "mimosa pudica"Habis semua pokok semalu yg dijumpai, mereka sentuh. "Magic!" Bak kata Aleesya. Permainan yang tidak mengeluarkan sebarang belanja bukan.


Apa yang anak-anak mommy dapat hanya dengan bermain pokok semalu? Meh sini mommy terangkan sikit.

Kemahiran fizikal ~ Membangunkan kemahiran motor halus apabila Aireen & Aleesya mencuit daun pokok semalu. Membangunkan kemahiran motor kasar apabila mereka berjalan & berlari-lari anak ketika mereka dipanggil sejurus mommy terlihat pokok semalu tersebut.

Konsep kognitif ~ Diorang belajar tentang warna, saiz, dan bentuk daun serta bahagian lain pokok semalu.

Kemahiran bahasa ~ Kami bertiga berbual tentang pokok semalu itu.

Kemahiran sosial ~ Aireen & Aleesya akan mengikut peraturan yang mommy bagi. Mereka mesti menunggu giliran untuk menyentuh daun pokok semalu. Mereka juga bekerjasama untuk mencari lebih banyak pokok semalu yang ada dikawasan rumah kami.


Semoga memori ini akan terpahat di ingatan mereka sampai bila-bila! :)


Jom kawan-kawan sayang, mulai hari ini, rajin-rajinkanlah diri kita sebagai ibu bapa bermain dengan anak-anak. Bagi kawan-kawan yang bekerja & tiada masa / tidak tahu bagaimana caranya untuk bermain bersama anak-anak dengan aktiviti-aktiviti berfaedah, jom sertai aku di GBOB JB. Korang akan merasai sendiri keseronokannya, anak-anak korang apatahlagi. Ini lah masanya. Waktu kecil mereka tidak akan berulang kembali!

Pengalaman mengandung anak ketiga

Alhamdulillah, diberi rezeki untuk menjaga & mendidik amanahNYA sekali lagi untuk kali yang ketiga. Dan alhamdulillah juga kali ni ada kemungkinan besar akan dapat bayi lelaki. Suka kami sekeluarga, suami apatahlagi.
masa ni macam tak sangka betul-betul mengandung, memang sengaja cek sebab uzur dah lewat seminggu
minggu ke 27
Mengandung kali ni memang tak banyak ragamnya. Takde alahan, takde sakit yg melampau & yg paling penting, selera makan yg besar, heheee. Pendek kata, semuanya berjalan dengan lancar sekali, alhamdulillah!

Sampailah satu subuh pada 15 September, tiba-tiba terasa sakit yang teramat selang 10 minit sekali. Apa lagi, aida kejutlah suami yang tengah lena tido tu. Bergegas kitorang bersiap ke HSA. Sampai kat bilik saringan, doktor periksa bukaan baru 1 cm. So kena periksa jantung bayi pulak. Lebih kurang setengah jam pastu, bila diorang tengok memang ada kontraksi yang boleh dikatakan agak kuat & kerap. Doktor pun bagi keputusan kena masuk wad sebab doktor cakap takut bayi tak jumpa jalan. Maklumlah sebelum ni kan pernah 'ceaser' masa anak pertama dulu.

Hari pertama kat hospital, sakit masih lagi terasa. 2 kali pergi cek tapi bukaan tetap 1 cm. Lepastu sakit makin berkurangan. Hahaaa, gimik je rupanya. Setelah 3 malam menginap kat tempat yang bosan tu, 18 September aida dibenarkan pulang. Yeaay, seronoknya! Dapat lepaskan rindu pada anak-anak syurga 2 orang yang menanti kat rumah tu. Sementara menunggu bil untuk dibayar, dengan "mengada-ngadanya" ajak mama & farah (adik) yang melawat pada hari tu pergi ke kedai di tingkat bawah untuk membeli makanan.

Setelah selesai membeli makanan, kami pun bergerak nak naik wad. Tiba-tiba, satu insiden yang tidak disangka terjadi. Aida TERJATUH! Ya, terjatuh dengan keadaan perut besar yang di dalamnya ada seorang bayi. Bayi yang akan keluar pada bila-bila masa sahaja untuk melihat dunia. Sebenarnya ni bukan kali pertama aida terjatuh, tapi merupakan kali keempat. Cuma kali ni paling teruk sekali. Walau macam manapun, alhamdulillah mujur masa aida jatuh tak kena kat bahagian perut @ punggung, takut sangat bagi kesan pada bayi dalam kandungan. Tapi bahagian kaki aida rasa sakit sangat. Bengkak kat buku lali. Nak berjalan pun tak boleh, terpaksa menggunakan kerusi roda. Tu takpe lagi, part yg paling tak boleh tahan, aida tak dibenarkan pulang. Nampaknya, terpaksalah bermalam lagi kat hospital.

19 September aida kena pergi x-ray kaki. Petang tu doktor datang cakap tulang kaki patah. Sedihnya rasa, hanya ALLAH SWT je yang tahu. Doktor cakap, kaki aida kena simen dan aida tidak dibenarkan berjalan @ menjejakkan kaki ke tanah langsung. Terpaksalah pakai kerusi roda nampaknya. aida kena tahan lagi selama 3 hari dan dibenarkan pulang pada 21 September.
buku lali yang bengkak sejurus selepas kejadian
berdasarkan x-ray ni, doktor cakap tulang patah tapi tak beralih, "dismissed fracture" kalau tak silap
kaki yang telah disimen
mama yang banyak membantu sepanjang kaki aku patah & menguruskan makan pakai aku selama 2 minggu semasa aida dalam pantang
24 September ada keluar sedikit tanda darah, tapi tak rasa sakit pun.Aida saja melambat-lambatkan masa untuk pergi hospital. Kalau ikutkan hasben, dia suruh pergi masa tu juga tapi aida tak nak. Sempat lagi suruh mama masakkan sambal telur kegemaran. Petang dalam pukul 3 baru kami bergerak ke hospital. Sampai je kat bilik saringan, doktor periksa bukaan dah 3 cm. Dalam hati berkata-kata, agaknya malam ni dah bersalin la kot tapi rupa-rupanya sangkaan aida meleset. Gimik sekali lagi, bukaan masih tetap 3 cm setelah 2 hari di hospital. Pada 26 September semasa doktor menjalankan rutin harian mereka memeriksa pesakit, aida minta doktor supaya bantu mempercepatkan proses bukaan jalan. Mujur doktor memahami.

Aida sempat minta suami belikan ayam KFC untuk makan petang (time macam ni apa je yg kita minta, mesti cepat dapat kan). Pukul 5.30 petang, aida dipanggil untuk pergi ke bilik rawatan. Doktor pun menjalankan 'tanggungjawabnya' membantu pesakit seperti yang diminta. Dalam pukul 7.00 malam aida dah mula terasa sakit yg kerap, bila doktor periksa, bukaan sudahpun 6cm. Doktor mula memecahkan air ketuban dan aida dihantar ke bilik bersalin. Kesakitan yg dirasa kali ni tak sama dengan dua kelahiran sebelum ni. Betul2 aida diuji. Ya ALLAH, hanya KAU yang berkuasa di atas setiap hambaMU.

Impian untuk suami temankan dalam bilik bersalin tercapai. Suami banyak membantu ketika aida menghadapi saat-saat kemuncak proses kelahiran. Terima kasih en hasben syg! Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba dan................tepat pada pukul 8.47 malam, keluarlah imam muda melihat dunia.
Khamis, 26 September 2013 @ 8.47 malam
Ahmad Aisy Almikhail nama yang diberikan untuk putera kami. Semoga dia membesar sebagai anak yang soleh & berjaya di dunia serta akhirat, aamiin. Kamulah imam muda kami, sayang. Alhamdulillah, aku bersyukur padaMU ya ALLAH, atas rahmat yang telah engkau turunkan untukku. Insya'ALLAH akanku jaga amanah-amanahMU ini dengan sebaik yang mungkin... :')

Aireen Ariana & Airys Aleesya
P/S : Walaupun kaki aku bersimen, tapi yang bestnya aida dapat bersalin normal. Alhamdulillah!

Ketika masalah datang, ALLAH SWT tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat.
 DIA hanya meminta kita supaya bersabar, solat & berdoa. 
ALLAH SWT tidak akan menguji hambaNYA jika kita tidak mampu. 
Aku redha dengan ujian yang diberi. Semoga ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya.