Alhamdulillah, diberi rezeki untuk menjaga & mendidik amanahNYA sekali lagi untuk kali yang ketiga. Dan alhamdulillah juga kali ni ada kemungkinan besar akan dapat bayi lelaki. Suka kami sekeluarga, suami apatahlagi.
masa ni macam tak sangka betul-betul mengandung, memang sengaja cek sebab uzur dah lewat seminggu |
minggu ke 27 |
Mengandung kali ni memang tak banyak ragamnya. Takde alahan, takde sakit yg melampau & yg paling penting, selera makan yg besar, heheee. Pendek kata, semuanya berjalan dengan lancar sekali, alhamdulillah!
Sampailah satu subuh pada 15 September, tiba-tiba terasa sakit yang teramat selang 10 minit sekali. Apa lagi, aida kejutlah suami yang tengah lena tido tu. Bergegas kitorang bersiap ke HSA. Sampai kat bilik saringan, doktor periksa bukaan baru 1 cm. So kena periksa jantung bayi pulak. Lebih kurang setengah jam pastu, bila diorang tengok memang ada kontraksi yang boleh dikatakan agak kuat & kerap. Doktor pun bagi keputusan kena masuk wad sebab doktor cakap takut bayi tak jumpa jalan. Maklumlah sebelum ni kan pernah 'ceaser' masa anak pertama dulu.
Hari pertama kat hospital, sakit masih lagi terasa. 2 kali pergi cek tapi bukaan tetap 1 cm. Lepastu sakit makin berkurangan. Hahaaa, gimik je rupanya. Setelah 3 malam menginap kat tempat yang bosan tu, 18 September aida dibenarkan pulang. Yeaay, seronoknya! Dapat lepaskan rindu pada anak-anak syurga 2 orang yang menanti kat rumah tu. Sementara menunggu bil untuk dibayar, dengan "mengada-ngadanya" ajak mama & farah (adik) yang melawat pada hari tu pergi ke kedai di tingkat bawah untuk membeli makanan.
Setelah selesai membeli makanan, kami pun bergerak nak naik wad. Tiba-tiba, satu insiden yang tidak disangka terjadi. Aida TERJATUH! Ya, terjatuh dengan keadaan perut besar yang di dalamnya ada seorang bayi. Bayi yang akan keluar pada bila-bila masa sahaja untuk melihat dunia. Sebenarnya ni bukan kali pertama aida terjatuh, tapi merupakan kali keempat. Cuma kali ni paling teruk sekali. Walau macam manapun, alhamdulillah mujur masa aida jatuh tak kena kat bahagian perut @ punggung, takut sangat bagi kesan pada bayi dalam kandungan. Tapi bahagian kaki aida rasa sakit sangat. Bengkak kat buku lali. Nak berjalan pun tak boleh, terpaksa menggunakan kerusi roda. Tu takpe lagi, part yg paling tak boleh tahan, aida tak dibenarkan pulang. Nampaknya, terpaksalah bermalam lagi kat hospital.
19 September aida kena pergi x-ray kaki. Petang tu doktor datang cakap tulang kaki patah. Sedihnya rasa, hanya ALLAH SWT je yang tahu. Doktor cakap, kaki aida kena simen dan aida tidak dibenarkan berjalan @ menjejakkan kaki ke tanah langsung. Terpaksalah pakai kerusi roda nampaknya. aida kena tahan lagi selama 3 hari dan dibenarkan pulang pada 21 September.
buku lali yang bengkak sejurus selepas kejadian |
berdasarkan x-ray ni, doktor cakap tulang patah tapi tak beralih, "dismissed fracture" kalau tak silap |
kaki yang telah disimen |
mama yang banyak membantu sepanjang kaki aku patah & menguruskan makan pakai aku selama 2 minggu semasa aida dalam pantang |
24 September ada keluar sedikit tanda darah, tapi tak rasa sakit pun.Aida saja melambat-lambatkan masa untuk pergi hospital. Kalau ikutkan hasben, dia suruh pergi masa tu juga tapi aida tak nak. Sempat lagi suruh mama masakkan sambal telur kegemaran. Petang dalam pukul 3 baru kami bergerak ke hospital. Sampai je kat bilik saringan, doktor periksa bukaan dah 3 cm. Dalam hati berkata-kata, agaknya malam ni dah bersalin la kot tapi rupa-rupanya sangkaan aida meleset. Gimik sekali lagi, bukaan masih tetap 3 cm setelah 2 hari di hospital. Pada 26 September semasa doktor menjalankan rutin harian mereka memeriksa pesakit, aida minta doktor supaya bantu mempercepatkan proses bukaan jalan. Mujur doktor memahami.
Aida sempat minta suami belikan ayam KFC untuk makan petang (time macam ni apa je yg kita minta, mesti cepat dapat kan). Pukul 5.30 petang, aida dipanggil untuk pergi ke bilik rawatan. Doktor pun menjalankan 'tanggungjawabnya' membantu pesakit seperti yang diminta. Dalam pukul 7.00 malam aida dah mula terasa sakit yg kerap, bila doktor periksa, bukaan sudahpun 6cm. Doktor mula memecahkan air ketuban dan aida dihantar ke bilik bersalin. Kesakitan yg dirasa kali ni tak sama dengan dua kelahiran sebelum ni. Betul2 aida diuji. Ya ALLAH, hanya KAU yang berkuasa di atas setiap hambaMU.
Impian untuk suami temankan dalam bilik bersalin tercapai. Suami banyak membantu ketika aida menghadapi saat-saat kemuncak proses kelahiran. Terima kasih en hasben syg! Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba dan................tepat pada pukul 8.47 malam, keluarlah imam muda melihat dunia.
Khamis, 26 September 2013 @ 8.47 malam |
Ahmad Aisy Almikhail nama yang diberikan untuk putera kami. Semoga dia membesar sebagai anak yang soleh & berjaya di dunia serta akhirat, aamiin. Kamulah imam muda kami, sayang. Alhamdulillah, aku bersyukur padaMU ya ALLAH, atas rahmat yang telah engkau turunkan untukku. Insya'ALLAH akanku jaga amanah-amanahMU ini dengan sebaik yang mungkin... :')
Aireen Ariana & Airys Aleesya |
P/S : Walaupun kaki aku bersimen, tapi yang bestnya aida dapat bersalin normal. Alhamdulillah!
Ketika masalah datang, ALLAH SWT tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat.
DIA hanya meminta kita supaya bersabar, solat & berdoa.
ALLAH SWT tidak akan menguji hambaNYA jika kita tidak mampu.
Aku redha dengan ujian yang diberi. Semoga ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya.
No comments:
Post a Comment