Thursday, 13 February 2014

Kisah 26 Disember 2013

26.12.2013 punya cite. Genaplah 3 bulan usia hero mommy-Ahmad Aisy Almikhail. Maka, genap jugalah 3 bulan penyusuan susu ibu untuk anak syurgaku ni, Alhamdulillah! Masih jauh lagi perjalanan kami. Dari 3 bulan nak ke 6 bulan dan seterusnya nak ke 2 tahun. Insya'ALLAH. Semoga semuanya dipermudahkan yang maha ESA, aamiin...
Stok yg aku dapat bila pam kat ofis. Ni untuk 1 sesi pengepaman. Alhamdulillah! 
Pada tarikh ni imam muda ni ikut pergi bengkel mendorong anak mengikut gaya Nabi Muhammad SAW. Banyak juga ilmu yg mommy dapat. Dan makin banyak jugalah rasa bersalah ni dalam hati. Tak berapa betul sangat rupanya selama ni didik anak2 syurgaku tu. Kena banyak tukar skrip lepas ni untuk mereka, termasuklah untuk daddy yg banyak membantu kerja2 rumah bila mommy pergi kerja. Maklumlah daddy mereka berniaga pada sebelah malam je, so pada sebelah siang tu dia free. Mesti lepas kena puji lagi semangat dia nak tolong isteri dia buat kerja2 rumah, huhuuu... ;)

Sedikit perkongsian sepanjang menyertai bengkel.


Antara teknik2 yg patut diamalkan :
# Teknik Memberi Ganjaran
# Teknik Memberi Solusi
# Teknik Mencipta Hukuman

TEKNIK MEMBERI GANJARAN


# Ganjaran Sosial

- ganjaran ini tidak memerlukan modal untuk melaksanakannya
- boleh dibuat bila2 masa dan bersifat spontan
- ganjaran sosial positif : doa, pujian, senyuman, pelukan, belaian, memek muka, tanda bagus, eye contact
- ganjaran sosial negatif : marah, pukul, hukum, kritik, sindir, bandingan, ugutan, nasihat
- nasihat akan menjadi ganjaran sosial positif hanya apabila diminta dan dengan keizinan
- nasihat tidak akan memberi kesan sekiranya diberikan kepada orang yg tidak memerlukan

# Ganjaran Material

- memerlukan modal dan lebih bersifat fizikal
- memberi kepuasan dalam masa yg pendek
- contoh : upah, gaji, hadiah

Prinsip dan teknik bagaimana Rasulullah SAW memberi ganjaran :

- diberi apabila kerja dibuat dengan betul
- kerja yg dibuat dgn teknik yg salah tidak diberi ganjaran
- apabila kerja itu dilakukan secara terbuka, maka ganjaran pun harus diberi dengan cara yg terbuka
(apabila anak2 melakukan kebaikan di depan semua orang, maka ibu bapa harus memberi ganjaran di depan semua orang pada masa itu juga)
- orang yg melakukan kerja dengan teknik yg salah tidak dikritik

Format Pujian Gaya Nabi SAW

- cari 1 kebaikan & puji
- mulakan dengan "saya kagum...", "mommy terharu...", "daddy bangga...", "Allah & Rasulullah SAW suka..."
- puji hasil kerja, usaha, teknik, BUKAN puji orangnya
- sertakan impak dalam ayat pujian
- contoh : "Mommy bangga kakak dapat siapkan kerja sekolah yang cikgu berikan. Ini menunjukkan kakak seorang yang amanah. Allah sayang orang yg amanah."

TEKNIK MEMBERI SOLUSI


- apabila melakukan kesalahan, fokus kepada penyelesaian

- tidak menyiasat kesalahan
- tidak menyampuk ketika anak bercakap / bercerita
- tidak menghukum orang yg melakukan kesalahan (yg Allah tiada menyediakan hukumannya di dunia)
- tidak bertanya "kenapa", "mengapa" kerana mengandungi unsur menyiasat yg lebih kepada menvari kesalahan
- contoh 1 : situasi anak perempuan membuka seluar
"seorang anak yang baik tidak menunjukkan auratnya pada orang lain"
- contoh 2 : situasi anak menonton TV pada waktu naghrib
"apabila sudah masuk waktu maghrib, kita pwelu menunaikan solat secara berjemaah, kita tidak boleh menonton TV pada waktu ini"

# kaunseling cara Islam tidak mengajar kita untuk mencari kesalahan, sebaliknya mencari penyelesaian


TEKNIK MENCIPTA HUKUMAN


- apabila kesalahan yg dilakukan memang ada hukuman, boleh guna teknik mencipta hukuman

- ada 3 hukuman pilihan : 


  • hukuman paling berat
  • hukuman sederhana
  • hukuman ringan
BONUS : HOTS (High Order Thinking Skills)

- meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi menggunakan buku cerita bergambar tanpa perkataan
- kekuatan menggunakan buku cerita bergambar 
  • kekuatan bahasa, iaitu merangsang perkembangan lisan kanak-kanak
  • kekuatan imaginasi iaitu melalui rekaan cerita
  • kekuatan skil pemahaman kanak-kanak
  • kekuatan skil membaca
  • kekuatan kreativiti
  • kekuatan visual dan visual literasi iaitu dapat mentafsir dan memberi makna kepada maklumat dalam imej
Kudapan & bahan yang dibekalkan.
"Nasib baik mommy Linda bagi mommy saya pinjam carrier ni". :)
 Suka Almikhail ada orang layan.
Selesai sudah bengkel ni. Kemas2 untuk balik.
Kami
Dan hari ni juga carrier my hero sampai. First time pakai carrier yg homemade macam ni. Tapi rasa berbaloi sangat. TQ pada encik suami yg belikan carrier ni untuk hero kami.


SSC by NeezaNeedles

No comments:

Post a Comment