Sunday 13 July 2014

Persediaan Ibu Berpuasa & Menyusukan

1. Apa halangan yang paling sukar / ditakuti / dirisaukan untuk berpuasa + menyusu? 
· Kata-kata orang - seperti susu akan sikit semasa puasa, letih, pitam, rasa lapar dan beranggapan bahawa susu akan cair / masam jika berpuasa.

· Diri sendiri - kurang minum air ketika berbuka dan sepanjang malam sehingga bersahur, tidak tahan lapar, masalah kesihatan diri dan kurangnya ilmu menyusu + berpuasa.
· Tiada sokongan - daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan.

2. Hukum berkaitan penyusuan & berpuasa. Apa yang diketahui dan apa yang difahami? 

· Rukhsah (keringanan) untuk ibu menyusu:

- Jika fikir untuk kesihatan diri sendiri dan tidak berkemampuan, kita dibolehkan tidak berpuasa.
perlu qada’ puasa.
- Jika fikir untuk kesihatan bayi yang disusui, kita dibolehkan tidak berpuasa.
qada’ dan perlu membayar fidyah.

3. Perkara yang membantu mempermudahkan perjalanan di bulan Ramadhan. 

· Sokongan daripada orang sekeliling - suami, ibu bapa dan rakan-rakan breastfeeding.
· Aktiviti - kurangkan aktiviti luar jika rasa tidak berkemampuan.
· Pemakanan yang digalakkan diambil ketika berpuasa:
    - Kurma ( membekalkan tenaga segera selepas berpuasa seharian - ambil lebih )
    - Oat
    - Minum air secukupnya
    - Kismis
    - Makanan yang kaya dengan protein, kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.
    - Amalkan minum madu (sumber tenaga semulajadi, menambah stamina dan mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh).
    - Ambil lebih lemak sihat seperti susu dan keju.
· Berilmu - berusaha mencari ilmu, dapat membantu kayakinan diri untuk berpuasa dan menyusu di bulan Ramadhan, penyusuan kerap selepas berbuka dan mengepam sebelum bersahur dan jangan lupa mengepam seperti biasa di tempat kerja.
· Niat - Percaya pada diri sendiri bahawa kita boleh beri yang terbaik untuk anak kita.
· Doa - Bermohon kepada Allah SWT agar perjalanan penyusuan dan berpuasa di bulan Ramadhan dipermudahkan.
.
4. Apa itu dehidrasi?

· Dehidrasi disebabkan kekurangan cecair dalam badan. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau.
- Bagi mengelakkan dehidrasi ini, minum air yang sekupnya ketika berpuasa sehingga bersahur.

Alhamdulillah Aida masih lagi berpuasa + menyusukan imam muda Aida sehingga kini, stok untuk simpanan pun tak berkurangan. Insya'ALLAH dengan izinNYA kita masih lagi boleh menyusukan walaupun di bulan Ramadhan. Makanan pilihan Aida sudah tentulah Qaseh Gold Adinda. :)

Pengedar Qaseh Pilihan Anda!
Aida Atiqah
016-7330624

No comments:

Post a Comment